Showing posts with label fixi. Show all posts
Showing posts with label fixi. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Patung - Muhammad Fatrim

“Jangan takut. Aku hanya mahu berkawan dengan kau, kau sunyi dan perlukan aku, aku kan comel. Aku janji aku akan bantu kau. Kau percayakan aku, kan Orked?" 
“Kau?! Kau boleh cakap? Jadi selama ni, kau dengar aku?!” 
Bulat mata Orked memandang arah suara itu, tangannya menggeletar. “Iya, aku dengar kau. Kita boleh berkawan, kan? Aku sayang kau, kau tak sayang aku?” 
Mata mereka kemudiannya saling bertautan. Terukir sebuah senyuman.

RM16 (whatsapp 0199960461 untuk membeli)

Monarki - Lokman Hakim


Kadir bagai melihat sesuatu, mendongak ke langit dan meracau-racau sendirian. Lagaknya seperti orang gila, berdialog seolah-olah ada manusia di atas tasik sedang berbual dengannya. Perbuatannya itu menjadi tumpuan mereka yang berada di tepi tasik. 
Maisarah pula ketakutan. 
“Abang, sudahlah tu, bang. Anak kita tu sakit. Kena bawa berubat.” 
“Orang kayangan, orang kayangan.” 
Shamsul langsung tidak mempedulikan cadangan Maisarah itu. 
“Abang! Mana ada orang kayangan, bang!” 
Tempikan keras itu menyedarkan Shamsul daripada ketidak-keruan itu. Wajahnya membengis. 
“Awak tak tahu apa-apa! Orang kayangan tu dah datang nak ambil anak kita, awak tahu tak?!”

RM16 (whatsapp 0199960461 sekarang)

Romantis - Nuril Basri

“Kekasihmu orang kaya?” tanyaku.
“Hmh, tidak juga sebenarnya, tapi dia tidak kekurangan duit,” jawab Poppy.
Tentu saja dia dapat mendapatkan lelaki yang kaya dan gagah. Dia sangat cantik.
“Terus kenapa mahu curang denganku?”
“Maksudnya kamu mahu?” tanyanya retorik.
“Sebab aku belum pernah ada kekasih penulis. Katanya penulis itu romantik.”
“Tapi aku tidak ada duit,” kataku datar.
“Tidak apa-apa. Kamu kan dapat membuatkanku surat cinta atau puisi cinta. Aku belum pernah mendapatkan yang seperti itu dari kekasih-kekasihku yang lalu.”
Benar, di dunia ini tidak ada yang percuma. Setiap gadis yang dekat denganmu, mereka pasti ada mahunya.
“Okay,” jawabku singkat.
“Aku fikir-fikir dulu.”

RM16 (whatsapp 0199960461 untuk membeli)