Wednesday, March 4, 2015

Aku, Dia & Mrs. Syhhh... - Azizah Ami


Cinta?!!! Sinis... romantik dan sarcastic! Antara tiga penjuru ada yang ke empat lebih mendominasikan kisah cinta mereka sehingga menjadi cukup huru hara! Izhar seorang usahawan berjaya yang punya idea cukup pelik dalam usaha menakluk hati gadis idamannya. Hidayu seorang gadis yang 'kelam kelibut', jiwanya lebih 'berangin'dari ribut. Sukar diduga..sukar diteka... dan rasa cemburunya yang berada diluar batas akal normal, Hidayu punya jiwa yang cukup halus untuk diladeni oleh insan bernama Izhar. Seorang sahabat, seorang pesaing, seorang pelindung... Pian berada di antara Izhar dan Hidayu, membawa juga satu 'Cinta Hati' yang bukan calang-calang sehingga menyebabkan cinta yang bersemi menjadi huru hara dan penuh aksi-aksi romantik komedi. 

Izhar: “Saya mahu membelai awak sebagai isteri saya yang sah. Mencumbui awak tanpa dosa. Saya lelaki. Punya rasa mahu lakukan semua itu..." 

Hidayu: Jangan tergoda Dayu... jangan tergoda... kau wanita besi Dayu! Yeah... besi Dayu... bukan aluminium foil... kuatkan semangat!. Dayu... keras Dayu, keras! Alamak... dah terpikat!. Hidayu cepat – cepat melangkah pergi. Setelah hampir sepuluh langkah dia pergi, kakinya mula terpaku di situ.

RM23 (whatsapp 0199960461 untuk membeli)

No comments:

Post a Comment