Tuesday, March 3, 2015

Cinta: Inspirasi Dunia Glamor - Bahruddin Bekri, Shahrizan Daud At-Turabi, Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana, Farah Asyikin

Kehidupan umpama bunga, dan cinta adalah madunya. 

CINTA aspirasi cinta dunia glamor yang dalamnya mempunyai 25 kisah kasih. Kisah-kisah ini diinspirasikan daripada perbualan bersama Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana, dan Farah Asyikin. 

Pada mulanya, kami mahu artis ini menulis sendiri perihal cinta. Biar mereka ceritakan secara jujur pengalaman berkenaan cinta. Kisah-kisah mereka kaya dengan mutiara pengalaman yang dapat menjadi teladan.Namun, akhirnya kami mengerti. Kisah cinta itu juga ada kisah-kisah silam. Ada yang khuatir, mutiara yang kami mahu paparkan akan tenggelam dengan lumpur gosip yang hanya mengenal sensasi.Akhirnya kami membuat keputusan. Kami hanya mengambil inspirasi kisah, menyaring pengajaran berharga, dan jadikan sebuah kisah fiksyen. Sebuah cerpen yang langsung tidak ada kena-mengena dengan peribadi artis dan kisah mereka yang sejati, selain daripada inspirasi dan hikmahnya.Inilah kisah-kisah yang kami usahakan supaya pada akhir pembacaan, pembaca memperoleh mutiara hikmah cinta. Ini kerana, cinta bukan bermaksud bersendirian, tetapi umpama kelopak-kelopak bunga yang saling melengkapi sebuah keindahan. Sehelai kelopak tidak akan mampu mencipta cinta. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha ini dan kita semuamemperoleh manfaatnya.

RM15 (whatsapp 0199960461 untuk membeli)

No comments:

Post a Comment