Tuesday, March 3, 2015

Masharakat Melawan Mahasiswa - Zul Fikri Zamir


Dari penulis bestseller “Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang”. Karya ketiga dari Zul Fikri Zamir selepas buku keduanya “Pedagogi Bahasa Tertindas”.

Pemenang Manuskrip Terbaik MyCreative 2014

Orang yang tidak punya rasa tanggung dan jawab kepada masharakat; tidak lebih dari seekor kambing bebiri. Mereka ini dilatih di dalam ladang yang bernama universiti, oleh anjing yang bernama pensyarah, tidak lain adalah hanya untuk makan dan menggemuk. Di akhirnya, mereka akan menyerahkan lipatan lemak leher tenggorok mereka sebagai sebuah korban, balasan kepada pengembala mereka yang bernama kerajaan. Dan yang akan menghisap lelehan darah, menghirup lapisan lemak, menggigit dan menjilat daging sehingga ke tulangan itu ialah kaum pedagang. Mereka inilah tuan kepada pengambala, pemilik sebenar ladang, anjing dan bebiri itu sendiri. – Zul Fikri Zamir

RM20 (whatsapp 0199960461 untuk membeli)

No comments:

Post a Comment