Friday, June 19, 2015

VILLA BUKU: PENGENALAN

Selamat datang diucapkan kepada semua,

Pengalaman membeli buku anda bermula di sini (ceewah!).

Villa Buku ialah sebuah kedai buku online yang dimiliki oleh penulis novel, yang juga seorang guru, malah seorang blogger, dan kaki 'create fanpej' iaitu KHAIRUL ZAMAN KHOBIN. Villa Buku bermula dengan permulaan yang kecil. Dari menjual buku sindiket Soljah PISTOL LASER LISA sekitar tahun 2013 di fanpej PISTOL LASER LISA, Villa Buku akhirnya bergerak ke fanpej sendiri yang bernama VILLA BUKU selepas hampir dua tahun berada di fanpej lama.

Blog Novelfiximurah.blogspot diwujudkan untuk memberi ruang kepada pengunjung VILLA BUKU untuk melihat senarai buku yang dijual. Kononnya, owner nak upload semua ratusan buku kat sini. Malangnya, disebabkan owner ada 10 jari dan dua tangan, update blog ini amatlah terhad dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan. Jadi, jika anda berkehendakkan sinopsis, boleh saja meminta. Tetapi, dengan smartphone di tangan dan juga aplikasi Google yang berlambak, disarankanlah supaya google sendiri jika sinopsis buku yang anda mahu tiada di sini.

Nama VILLA BUKU dipilih kerana proses penjualan buku ialah dari rumah. Perniagaan ini sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran RA0037579-W. Buku yang dijual merangkumi buku-buku penerbit berikut: - 

  • Buku Fixi
  • Lejen Press
  • Buku Hitam
  • Dubook Press
  • PTS
  • dan buku penerbit lain yang popular (satu atau dua buku sahaja)
Apa-apa pesanan buku boleh whatsapp 0199960461. Untuk pengetahuan, owner Villa Buku ialah penulis bebas yang telah menulis beberapa buku dan juga menyertai beberapa antologi cerpen. Berikut ialah senarai novel yang pernah ditulis dan juga antologi cerpen yang pernah disertai.

Novel

  • [2014] Pergi Mati (Lejen Press)
  • [2015] Kadaver (Mr World Of Novel)

Antologi Cerpen

  • [2013] Gadis Berbasikal Mini - Antolgi Pistol Laser Lisa (Sindiket Soljah)
  • [2015] Hero Tanpa Nama - Antologi Superfiksyen (Moka Mocha Ink)
  • [2015] Hajat - Antologi Roadtrip Meronda Tanah Air (Lejen Press)
Novel dan antologi ini semuanya boleh dimiliki di VILLA BUKU. Terima kasih kepada semua pembeli yang tidak pernah jemu membeli di VILLA BUKU dan juga pembaca novel yang tidak jemu memberikan sokongan untuk novel dan cerpen yang bakal muncul di masa akan datang.

- Khairul Zaman Khobin

untuk senarai buku: klik sini
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

No comments:

Post a Comment